Sumbangan_Accnt No

  • Sumber Pendapatan

    Sebagai badan sukarela, punca kewangan Pertubuhan ini adalah tidak menentu.  Sebahagian besar sumber pendapatan RBDH adalah  bergantung kepada:

    • Sumbangan ikhlas daripada orang perseorangan dan badan-badan koporat.

    • Bantuan Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat

    • Pendapatan  daripada wang simpanan atau derma yang disumbangkan oleh orang ramai dalam  bulan Ramadhan.

    (Sumbangan derma dalam bentuk wang tunai/cek kepada RBDH daripada orang ramai dan badan-badan korporat akan diberi perlepasan Cukai Pendapatan.  Surat kebenaran pelepasan cukai pendapatan RBDH ialah JHD HQ 162/1221).

    Aspek-Aspek Perbelanjaan RBDH

    Secara umumnya anggaran/purata perbelanjaan  untuk anak-anak yatim ini adalah dalam lingkungan  RM100,000.00 sebulan. Aspek perbelanjaan itu meliputi item-item berikut:

    • Bekalan elektrik, air dan gas

    • Bekalan makanan/minuman

    • Elaun mengajar guru-guru agama & Yuran tuisyen

    • Minyak dan penyelenggaraan kenderaan (2 bas dan 3 van)

    • Pembaikan dan penyelenggaran bangunan

    • Pembelian buku dan alat tulis

    • Wang saku persekolahan dan yuran pengajian anak-anak di sekolah harian  dan pusat pengajian tinggi

    • Gaji dan elaun pekerja termasuk KWSP dan PERKESO

    • Perbelanjaan telefon

    • Pelbagai (Insuran pekerja, Astro,Perkeso, Perubatan, Pakaian, Kursus dan Lawatan)

    (Pendapatan dan Perbelanjaan RBDH diaudit oleh Juruaudit yang bertauliah dan laporan audit akan dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada setiap tahun).

Open chat
Hi, thank you for your message. We will get back to you soon.