Cara Pengambilan Anak-Anak Yatim

 

Berikut adalah dasar-dasar pengambilan anak-anak yatim di RBDH:

 

  • Warganegara Malaysia
  • Anak-anak yatim yang tinggal di Selangor dan Wilayah Persekutuan.  Anak-anak yatim dari negeri-negeri lain juga boleh memohon.
  • Anak-anak yang kematian bapa atau kematian kedua-duanya ibu dan bapa
  • Anak-anak yang bersedia ke sekolah berumur antara 7 hingga 14 tahun
  • Anak-anak yang sihat tubuh badan dan tidak cacat setelah mendapat pengesahan doktor.
  • Keluarga yang daif dan tiada waris yang terdekat bersedia menanggungnya
  • Anak-anak yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk melanjutkan pelajaran dan memperbaiki kehidupan serta keluarga pada masa hadapan.

 

Cara Memohon Masuk

 

  • Waris mengambil dan mengisi Borang Permohonan Masuk 
  • Pegawai Penyiasat akan menghubungi waris dan mengunjungi waris untuk melihat sendiri keadaan keluarga anak-anak yatim ini.  Aspek yang diberi perhatian ialah latar belakang keluarga, keadaan tempat tinggal, tahap ekonomi keluarga, keadaan diri, kesihatan dan persekolahan pelajar dan suasana keluarga dan persekitaran kehidupan anak-anak yatim ini.
  • Hasil siasatan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran untuk semakan dan kelulusan.
  • Menghubungi waris anak-anak yatim menyatakan persetujuan menerima atau menolak permohonan mereka.
Open chat
Hi, thank you for your message. We will get back to you soon.