COGAN KATA PERTUBUHAN

Khidmat Bakti

MISI

Misi Pertubuhan ialah berusaha untuk memajukan taraf sosial, pelajaran, pendidikan, keimanan dan jati diri anak-anak yatim demi menjadikan mereka modal insan cemerlang.

 MATLAMAT

Matlamat Pertubuhan ialah untuk:

*      Menjadi sebuah organisasi anak-anak yatim yang mantap

*    Menyediakan kemudahan yang selesa, selamat serta seiring dengan  pembangunan sekitar.

*       Memupuk dan membina sikap yang mencerminkan budaya berhemah dan berbakti

Untuk mencapai MATLAMAT dan MISI di atas, semua ahli-ahli yang terdiri daripada Ahli-Ahli Jawatankuasa, kakitangan dan anak-anak yatim dikehendaki menerapkan NILAI-NILAI MURNI berikut sebagai asas SIKAP mereka :

 Beriman & Bersyukur

Amanah & Bertanggungjawab

Kesopanan & Berhemah

Tabah & Berjimat Cermat

Insaf & Prihatin

  •  

WhatsApp Image 2024-04-20 at 10.26.43 AM

Sejarah Rumah Bakti Dato’ Harun

Demi rasa tanggungjawab dan simpati terhadap golongan anak-anak yatim, sekumpulan aktivis masyarakat dan pegawai kanan Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya menubuh dan mendaftarkan “Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor” mengikut Nombor Pendaftaran ARS/Sel/50/66 pada 16 Ogos, 1966.

Dengan kelulusan pendaftaran ini, Jawatankuasa berkenaan telah bergerak cergas untuk mencapai matlamat penubuhannya.  Atas jasa Y.Bhg. Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris dan isteri Y. Bhg.Datin Salmah Sulaiman, Kerajaan Negeri Selangor telah mengurniakan sebidang tahun di Mukim Hulu Kelang (HS.231) seluas 4.8 ekar mengikut dokumen kelulusan bilangan PHT.G.2/139/75

DYMM Sultan Selangor telah perkenan untuk menjadi Penaung kepada Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor atau dikenali sebagai Rumah Bakti Hulu Kelang dan kini dinamakan Rumah Bakti Dato’ Harun.(RBDH).

Pada 2 Mac 1982 dua buah blok asrama 2 tingkat  yang baru telah siap dibina.  Kedua blok asrama tersebut bernilai RM600,000.00 dan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan hasil derma orang ramai.  Sebuah surau juga telah dibina pada tahun 1984.  Pada tahun 2009 sebuah surau baru telah dibina menggantikan surau lama.  Surau baru ini telah disumbangkan oleh Y. Bhg. Datin Seri Salmah Sulaiman, isteri Allahyarham Dato’ Haji Harun Idris. Oleh kerana RBDH telah mendapat surau baru, maka surau lama yang telah diubah suai menjadi Pusat Sumber yang baru.  Pusat Sumber baru ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, perpustakaan dan bilik multimedia. 

Peranan Rumah Bakti Dato’ Harun

Peranan utama penubuhan Rumah Bakti ini adalah untuk membantu anak-anak yatim yang miskin atau daif serta tiada keluarga.   RBDH bersedia untuk menanggung mereka di dalam perkara-perkara berikut:-

  • Memberi pendidikan sempurna
  • Menyediakan tempat  penginapan yang selamat
  • Menyediakan makan/minum dan pakaian yang secukupnya
  • Memberi kasih sayang, asuhan, bimbingan dan juga keselamatan ke atas mereka.
  • Menentukan anak-anak yatim ini dapat berfungsi dan hidup berdikari di dalam arus pembangunan dan masyarakat semasa
  • Menyediakan peluang-peluang melanjutkan pelajaran setinggi mana yang layak untuk anak-anak berkenaan.

Open chat
Hi, thank you for your message. We will get back to you soon.