Cara Pengambilan Anak-Anak Yatim
Berikut adalah dasar-dasar pengambilan anak-anak yatim di RBDH:
- Warganegara Malaysia
- Anak-anak yatim yang tinggal di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Anak-anak yatim dari negeri-negeri lain juga boleh memohon.
- Anak-anak yang kematian bapa atau kematian kedua-duanya ibu dan bapa
- Anak-anak yang bersedia ke sekolah berumur antara 7 hingga 14 tahun
- Anak-anak yang sihat tubuh badan dan tidak cacat setelah mendapat pengesahan doktor.
- Keluarga yang daif dan tiada waris yang terdekat bersedia menanggungnya
- Anak-anak yang mempunyai minat dan kesungguhan untuk melanjutkan pelajaran dan memperbaiki kehidupan serta keluarga pada masa hadapan.
Cara Memohon Masuk
- Waris mengambil dan mengisi Borang Permohonan Masuk
- Pegawai Penyiasat akan menghubungi waris dan mengunjungi waris untuk melihat sendiri keadaan keluarga anak-anak yatim ini. Aspek yang diberi perhatian ialah latar belakang keluarga, keadaan tempat tinggal, tahap ekonomi keluarga, keadaan diri, kesihatan dan persekolahan pelajar dan suasana keluarga dan persekitaran kehidupan anak-anak yatim ini.
- Hasil siasatan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran untuk semakan dan kelulusan.
- Menghubungi waris anak-anak yatim menyatakan persetujuan menerima atau menolak permohonan mereka.